Taksonomi dan taburan Lepus_californicus

Walaupun 17 subspesies telah dikenal pasti, namun bilangan ini mungkin sudah melebihi yang hakiki.[2] Dengan menggunakan analisa gugusan sifat anatomi, Dixon dan lain-lain mendapati bahawa subspesies arnab jack berekor hitam berpecah kepada dua kelompok berbeza yang dipecahkan ke barat dan timur Pergunungan Rocky Colorado dan Sungai Colorado. Mereka mengusulkan bahawa hanya dua infratakson dapat diwajarkan, iaitu subspesies barat L. c. californicus dan subspesies timur L. c. texianus.[3]

Arnab jack berekor hitam merupakan ahli famili Lepus yang paling luas bertaburan di Amerika Utara. Populasi aslinya berasal di Washington tengah ke timur hingga Missouri, dan ke selatan hingga Baja California Sur dan Zacatecas di Mexico. Taburan arnab jack berekor hitam meluas ke arah timur hingga ke Great Plains sehingga menjejaskan arnab jack berekor putih.[2] Arnab jack berekor hitam berjaya diperkenalkan ke Florida selatan dan sepanjang pesisir pantai di Maryland, New Jersey, dan Virginia.[4][5]

Taburan subspesies yang ditemui sepenuhnya atau separanya di AS adalah seperti berikut[5][6]:

  • Lepus californicus altamirae (Nelson)
  • L. c. asellus (G. S. Miller)
  • L. c. bennettii (Gray) – pantai California selatan hingga Baja California Norte
  • L. c. californicus (Gray) – pantai Oregon hingga pantai dan Central Valley California
  • L. c. curti (E. R. Hall)
  • L. c. deserticola (Mearns) – Idaho selatan hingga Sonora
  • L. c. ememicus (J. A. Allen) – Arizona tengah hingga Sonora
  • L. c. festinus (Nelson)
  • L. c. magdalenae (Nelson)
  • L. c. martirensis (J. M. Stowell)
  • L. c. melanotis (Mearns) – Dakota Selatan hingga Iowa, Missouri, dan Texas tengah
  • L. c. merriamai (Mearns) – Texas selatan dan tenggara hingga Tamaulipas
  • L. c. richardsonii (Bachman) – California tengah
  • L. c. sheldoni (W. H. Burt)
  • L. c. texianus (Waterhouse) – Utah tenggara dan Colorado barat daya hingga Zacatecas
  • L. c. wallawalla (Merriam) – Washington timur hingga California timur laut dan Nevada barat laut
  • L. c. xanti (Thomas)